Monday, June 28, 2010

Pertandingan Serama Tuaran Sabah 2010

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Alhamdulillah berpeluang juga untuk menyertai pertandingan di Sabah buat kali pertama..
Inilah hasilnya.. terima kasih kepada Cikgu Jai kerana memberi peluang untuk memiliki baka limbat.. hasilnya dapatlah untuk merasai Naib Johan.. hehe
Tahniah juga kepada Kelab Serama Tuaran khasnya buat Cikgu Erwan & the geng kerana berjaya menganjurkan pertandigan dengan sebegitu meriah sekali ;-)
Disini dipaparkan juga sekitar suasana pertandingan yang berlansung pada ahad lepas.

BOTB (Johan Serama Muda)

Johan Serama A

Johan Serama B

Johan Serama ABS

Johan Serama Induk

Johan Anak

Johan Remaja

Tahniah buat semua pemenang.. semoga pertandingan ini dapat menguatkan lagi semangat kita warga peminat serama Sabah di dalam memartabatkan lagi serama di Malaysia agar menjadi 1 ikon baru untuk Malaysia. Syabas semua!!!




Tuesday, May 25, 2010

"CORN" Limbat (Anak Limbat Cikgu Jai)

Salam sejahtera semua.. maaf dah lama tak update blog.. bukan apa, tak dak produk2 yang power2 untuk tatapan semua.. hehe ni adalah salah seekor anak limbat. Gambar anak tu masa mula-mula saya ambil pada Cikgu Jai.. Sekarang ni dah masuk muda.. Ingat nak try la game xlama lg.. ;-)








Masa anak, anak ni dilihat mempunyai lekuk yg agak dalam.. risau jugak takut lari chasisnya. Cikgu Jai dah berpesan supaya tak diasingkan lagi waktu kecil.. dan sekarang inilah hasilnya.. semoga kibasannya di meja megikut cara bapaknya yang pernah jadi johan tahun lepas.. Amin.. ;-)

Sunday, December 20, 2009

Saturday, October 24, 2009

Sunday, October 18, 2009

Monday, September 28, 2009

Serama Utara

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Tidak terlewat rasanya untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada kawan2 yang beragama Islam.. Maaf jika ada kesilapan atau kesalahan selama saya menulis blog ini. Berbalik kepada dunia serama, pada cuti hari raya yang lepas sempatlah saya berkunjung melihat serama milik peminat2 di sekitar utara semenanjung. Sambil beraya, sambil melihat senjata2 terbaru yang akan menerjah bon2 yang akan datang. Setakat sekarang semuanya tengah mempersiapkan serama masing2 untuk memasuki arena pada bulan Oktober akan datang. Maklumla dah lama pertandingan tidak diadakan, masing2 ketagih nak mempamerkan ayam yang telah lama disimpan.
Ayam di atas merupakan milik Cikgu Putera, yang telah saya masukkan gambar/video sebelum ni. Sekarang ni tengah meluruh.. mungkin tidak sempat untuk ke arena bulan 10 nanti. Ayam yang di sebelah milik Bang Non Bukit Pinang. Kebetulan senjata ini baru sampai dari pantai timur ketika saya berkunjung untuk melawat reban beliau. Pertama kali saya ke reban beliau, orangnya memang peramah.. beruntung saya diperkenalkan dengan beliau. Dapatlah menimba pengalaman serba sedikit dari beliau.
Ini pula ayam milik Pak Din Perlis.. Memang tengah dipersiapkan untuk menggegarkan bon akan datang. Sampai saja saya di Felda baru2 ni, terus turun dari moto semata2 nak tengok aksi si remaja ni. Nama ayam ni saya terlupa nak tanya tuannya.. hehe sama juga dengan Bang Non, hari yang sama, saya dapat kenal dengan Pak Din ni. Beliau merupakan orang lama dalam arena ni, dulunya pernah jadi pengadil pada zaman mula2 serama diperkenalkan. Selain tu Pak Din juga dulunya terkenal dengan kepakaran beliau dalam menternak burung.
Ayam yang ni pula sekadar penghias blog ni.. saja nak letak.. hehe ayam ni milik saya sendiri.. tapi sekarang bukan berada di Sabah, masih berada di Perlis. Saya minta bantuan kawan tolong belakan. Ayam ni saya beli dari Cikgu Putera masa cuti sekolah Jun lalu, masa beli tu Anak B, sekarang dan masuk muda remaja.. hehe mengikut kata Cikgu Putera ayam ni dibawa balik dari pantai timur jugak sewaktu beliau berkunjung ke Kelantan pada Mei lalu untuk mengikuti pertandingan di sana.


Banyak juga cerita yang dibawa pulang dan diceritakan kepada saya. Ketika itulah diceritakan yang senjatanya 'Jet' mendapat tempat ke-2 dan menyumbangkan tiga hadiah kepada beliau. Saya amat berharap di akhir tahun nanti dapatlah saya bawa ayam ni atau anaknya ke Sabah. Bagi kawan2 di Sabah yang boleh tolong saya untuk mendapatkan permit import dari Jabatan Haiwan, bolehlah menghubungi saya.. hehe mana la tau, ada kawan2 di Sabah nak berkongsi permit nak bawa ayam dari semenanjung. hehe