Friday, July 31, 2009

Penetasan Anak Ayam Generasi Pertama

Salam sejahtera semua.. ini adalah anak pertama dari baka yang saya beli dari saudara Hadi Putatan.. Balik sekolah tadi terus rakam video ni. Kiranya ini anak kedua yang menetas menggunakan inkubator yang saya bawa dari semenanjung ;-) Sebelum2 ni tak tau la brapa ekor dah yang menetas dalam inkubator ni pada tuan yang lama. Ini adalah salah seekor induk yang tengah bertelur di reban CK. Tetapi anak yang baru menetas tu mungkin bukan anaknya. Antara induk-induk yang ada inilah induk yang paling kecil & paling muda.

Tuesday, July 28, 2009

Sesi Latihan

Ini adalah ayam yang saya beli dari Cikgu Putera.. tapi sekarang di kampung lagi.. mintak tolong kawan bela. Harap2 lepas hari raya nanti dapat la bawa ke sini.. mana la tau boleh masuk bertanding di Kota Belud nanti.
Kalau dilihat kepada anak ini masa mula menetas, 50/50 sj. Alhamdulillah selepas sebulan lebih, semakin hari semakin sihat nampaknya. CK amat berharap telur yang ada di dalam inkubator sekarang ni menetas.. (telur dari generasi pertama yang bakanya diambil dari Hadi Putatan). Kesian tengok anak ni sekor2 tanpa teman.. ;-)

Sunday, July 26, 2009

Kemeriahan Pertandingan Di Tuaran Sabah




Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.. Ini beberapa gambar yang sempat saya uploadkan buat masa ini.. tahniah kepada penganjur dan juga para pemenang ;-) Kelihatan di situ, penganjur pertandingan bersama pemenang Kategori ABS dan Induk, Cikgu Jaisya. Manis kedua2 nya apabila senyum. hehe (ayat bodek nak dapat ayam) jangan marah CJ & Cikgu Wan :-) Ayam yang berwarna rintik dalam gambar di bawah ini memikat sesiapa sahaja kerana warnanya yang unik. Kalau tidak silap, dalam blog Cikgu Jai ada mengatakan yang ayam ni mendapat tempat ke-4. Tahniah kepada pemiliknya. Dapat dilihat juga Induk Juara dan Bapak ABS Juara yang begitu bergaya dengan gaya 'angkat kakinya'. Tahniah kepada pemiliknya sekali lagi. Daripada sumber tuannya, baka Limbat ini diambil dari Terengganu.

Friday, July 24, 2009

"Jet" Cikgu Putera (Perlis)

Ayam ni membuatkan CK terpegun.. Inilah senjata Cikgu Putera.. Kemana saja dia pergi, ayam ni mesti berada di dalam kereta bersamanya, kecuali kalau ke sekolah... kalau dibawa ke sekolah, mesti pelajar juga terpegun... hehe Tahniah Cikgu Putera kerana mempunyai ayam yang hebat ;-)

Ini adalah ayam Ustaz Fairul (Kodiang Kedah).. Memang cantik ayam dia.. sekarang ni mesti dah besar ayam ni.. Harap2 cuti hari raya ni dapat balik semenanjung, dapatlah buah tangan dari sana ;-)

Serama Cikgu Putera (Perlis)

Ini adalah antara koleksi ayam cikgu Putera yang sempat saya ambil gambarnya pada masa cuti Penggal 1 bulan Jun yang lepas. Memang power ayam2 dia.. Tapi sayang, telur yang saya bawa dari perlis rosak.. Kalau tak, berkembang lagi la baka ayam cikgu Putera di sabah ni ;-)

Antara Ayam Pertama yang Dibela



Semuanya ada lima ekor.. dibeli dari Adi di Putatan. Terima kasih kepada cikgu Jaisya coz dah memperkenalkan saya dengan Adi. Terima kasih juga kepada Hadi kerana sudi menjual baka dari rebannya untuk dibawa tinggal di Kota Marudu.. hehe Setakat sekarang ketiga-tiga ekor induk sudah mula bertelur. Telur tengah dieramkan di dalam inkubator yang dibawa dari semenanjung. Jauh sungguh inkubator ni terbang. hehe

Anak Sabah 24/7/09


Kesian anak ayam ni.. Tiada lagi kawannya.. Kalau ada kawan-kawan yang ada anak betina yang hendak dijual, bolehla bawa ke Tuaran 26/7/09 nanti. Mana la tau, kot2 ada yang saya berkenan, boleh la nak 'kahwinkan' anak ni.. ;-) huhu

Tuesday, July 14, 2009

ANAK SABAH


Anak Sabah... Satu-satunya telur yang menetas di Sabah. Buat pengetahuan semua, hanya seekor ini sahaja yang menetas disini. Telur lain2 yang dibawa dari semenanjung semuanya rosak. Kalau tidak dapatlah saya mempekembangkan lagi baka Cikgu Putera dari Perlis. hehe Telur (anak ni) saya beli pakej beserta inkubator dari Ustaz Fairul (Kodiang). Terima kasih cikgu Putera & Ustaz Fairul kerana memberi tunjuk ajar.. :-)

Monday, July 13, 2009

AYAM HARAPAN YANG PERTAMA


Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Salam perkenalan dari saya CK.. (Cikgu Khusairi). Tujuan blog ini dihasilkan seperti biasa la.. hehe tujuannya yang utama adalah seperti kata peminat2 serama untuk mengembalikan kegemilangan Serama di Malaysia khasnya di Sabah. Terima kasih kerana sudi melihat koleksi ayam milik saya dan rakan2 seperjuangan. Induk ini merupakan induk pertama yang dibela di Sabah..