Saturday, August 22, 2009

Ramadhan Datang Lagi

Selamat Menyambut Kedatangan Bulan Ramadhan...
Tidak ada cerita2 menarik setakat sekarang. Yang ada sekarang hanyalah anak2 ayam yang comel ini la.. hehe buat peneman di kala boring @ penat bekerja. Melihat telatah mereka ni kadang-kadang dapat menghiburkan hati setelah penat bekerja. Setakat sekarang anak yang menetas ada 9 ekor yang hidup. Ada juga yang menetas di kala menyambut kedatangan Bulan Ramadhan. Mungkin ada hikmah disebaliknya. Kepada rakan-rakan yang beragama Islam, selamat menunaikan ibadah puasa dan yang penting bersama-samalah kita menunaikan ibadah ini dengan penuh keikhlasan.

Anak ini merupakan anak yang kedua menetas selepas Anak Jantan di bawah. Sekarang ni tengah memikir nak letak di mana anak-anak ni bila dah cukup sebulan nanti. Nak diasingkan pun tempat terhad. Masa kecil2 macam ni, senang la nak bela. Tapi bila dah besar, pening pulak fikirkan sangkar yang perlu disediakan. hehe

Anak Semenanjung ni saya tak letak nama pun. Ia lahir di Sabah, jadi mungkin dapat digabungkan nama Sabah dan Semenanjung. hehe Sekarang ni tengah belajar berkokok, dan entah kenapa garang betul sekarang. Bila kita buka saja pintu sangkar, mesti nak mematuk saja. Habis kaki saya dan isteri dipatuknya. Siap kejar2 lagi keliling rumah. Tak tahu kenapa jadi macam tu, aktif semacam saja. Mungkin kawan-kawan boleh bagi pendapat macam mana nak kurangkan kegarangannya tu. hehe

Saturday, August 15, 2009

Serama Merdeka

Salam kemerdekaan semua.. Inilah beberapa ekor anak yang lahir dalam bulan kemerdekaan ni. Dah lama CK tak ada cerita terbaru.. terlalu sibuk dengan kerja. Di sekolah banyak aktiviti, maklumla dah dekat nak puasa, banyak perkara2 yang belum dibuat, perlulah dibuat segera. Buat pengetahuan semua, sudah 7 ekor anak baka yang dibeli dr Hadi yang sudah menetas dalam inkubator yang saya bawa dari semenanjung tu. 2 ekor dah 'pergi tak kembali' kerana lemas dalam bekas air. Rasa bersalah pun ada, coz tak sempat nak selamatkan. Sekarang ni tengah pikir nak letak kat mana anak2 ni, sangkar kat rumah tak cukup. Maklumla duduk di rumah (taman) ni, nak besarkan reban pun terhad.
Anak Semenanjung ni yang lahir di Sabah ni dah mula belajar berkokok.. Makin aktif sekarang, tambah2 kalau letak di luar. Kiranya sekarang ni dah ada kawan la.. hehe tapi CK tak letak sekali, anak2 yang baru menetas ni terlalu kecil. Nanti habis dipatutnya pulak. hehe Daripada nasihat Cikgu Jai bila dh masuk sebulan cuba asingkan, CK pun try la cuba. Nak latih dari sekarang la, mana la tau dapat masuk game bulan 10 nanti ;-)

Monday, August 3, 2009

Anak A




Anak ni kalau pagi2 aktif terlebih.. buka sj pintu sangkar, nak keluar saja.