Saturday, August 22, 2009

Ramadhan Datang Lagi

Selamat Menyambut Kedatangan Bulan Ramadhan...
Tidak ada cerita2 menarik setakat sekarang. Yang ada sekarang hanyalah anak2 ayam yang comel ini la.. hehe buat peneman di kala boring @ penat bekerja. Melihat telatah mereka ni kadang-kadang dapat menghiburkan hati setelah penat bekerja. Setakat sekarang anak yang menetas ada 9 ekor yang hidup. Ada juga yang menetas di kala menyambut kedatangan Bulan Ramadhan. Mungkin ada hikmah disebaliknya. Kepada rakan-rakan yang beragama Islam, selamat menunaikan ibadah puasa dan yang penting bersama-samalah kita menunaikan ibadah ini dengan penuh keikhlasan.

Anak ini merupakan anak yang kedua menetas selepas Anak Jantan di bawah. Sekarang ni tengah memikir nak letak di mana anak-anak ni bila dah cukup sebulan nanti. Nak diasingkan pun tempat terhad. Masa kecil2 macam ni, senang la nak bela. Tapi bila dah besar, pening pulak fikirkan sangkar yang perlu disediakan. hehe

Anak Semenanjung ni saya tak letak nama pun. Ia lahir di Sabah, jadi mungkin dapat digabungkan nama Sabah dan Semenanjung. hehe Sekarang ni tengah belajar berkokok, dan entah kenapa garang betul sekarang. Bila kita buka saja pintu sangkar, mesti nak mematuk saja. Habis kaki saya dan isteri dipatuknya. Siap kejar2 lagi keliling rumah. Tak tahu kenapa jadi macam tu, aktif semacam saja. Mungkin kawan-kawan boleh bagi pendapat macam mana nak kurangkan kegarangannya tu. hehe

No comments:

Post a Comment