Thursday, September 17, 2009

Syawal Bakal Menjelma

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Sedar tak sedar Ramadhan bakal melabuhkan tirainya.. sedih pulak rasa untuk meninggalkan bulan yang penuh dengan keberkatan ini. Diharapkan kita semua dapat menginsafi diri dan mensyukuri rahmat yang dilimpahkan.. Di dalam hati sekarang cuma ingin bertemu dengan ibu dan ayah serta keluarga tercinta di kampung, diselit dengan keinginan menjamu mata dengan produk2 keluaran reban yang terkini di utara semenanjung.. ;-) hehe disini saya nak kongsi beberapa gambar yang dihantar kepada saya. Pemiliknya tidak lain dan tidak bukan ,Cikgu Putera yang tinggal jauh di nun utara semenanjung. Mengikut maklumat yang diberikan, baka (gambar di bawah) ini merupakan baka yang diambil dari Cikgu Ameran. Ia dibeli dari Bang Non (mungkin peminat di utara sana kenal dengan Bang Non ni). Teruja melihat gambar2 yang dihantar ini dan yang pasti kelibat serama2 ni InsyaAllah akan muncul di bon bulan 10 nanti ;-)

Wednesday, September 9, 2009

Senjata Terbaru Utara


Salam Ramadhan semua.. Baru-baru ni saya menerima MMS dari seorang peminat serama di utara semenanjung, negeri kelahiran saya yang tercinta.. Perlis.. hehe di sini saya nak berkongsi sedikit gambar yang dihantar oleh Cikgu Putera. Mungkin ramai kawan2 di sekitar utara kenal dengan pemilik2 ayam ini. Ayam yang dalam gambar pertama milik Pak Din, memang saya berkenan sungguh dengan seramanya.. hehe yang lain semuanya milik Cikgu Putera. InsyaAllah bila pulang bercuti di hari raya nanti, saya akan berkunjung ke reban mereka di Felda Chuping Perlis. Rasa tak sabar nak beraya di kampung halaman di samping dapat beraya bersama penternak2 serama di sana.. hehe Gambar2 yang dihantar ni, tidak pulak disertakan namanya tapi mungkin pemiliknya dah letak nama. Yang pasti video yang disertakan ni, memang ayam kesayangan Cikgu Putera yang digelar Jet. Sampai sekarang saya masih ingat aksi-aksi Jet di atas meja.. MEMANG POWER! Tahniah Cikgu Putera.. kepada sesiapa yang berminat untuk merisik serama beliau, bolehlah menghubungi beliau di talian 0195677227.


Saturday, August 22, 2009

Ramadhan Datang Lagi

Selamat Menyambut Kedatangan Bulan Ramadhan...
Tidak ada cerita2 menarik setakat sekarang. Yang ada sekarang hanyalah anak2 ayam yang comel ini la.. hehe buat peneman di kala boring @ penat bekerja. Melihat telatah mereka ni kadang-kadang dapat menghiburkan hati setelah penat bekerja. Setakat sekarang anak yang menetas ada 9 ekor yang hidup. Ada juga yang menetas di kala menyambut kedatangan Bulan Ramadhan. Mungkin ada hikmah disebaliknya. Kepada rakan-rakan yang beragama Islam, selamat menunaikan ibadah puasa dan yang penting bersama-samalah kita menunaikan ibadah ini dengan penuh keikhlasan.

Anak ini merupakan anak yang kedua menetas selepas Anak Jantan di bawah. Sekarang ni tengah memikir nak letak di mana anak-anak ni bila dah cukup sebulan nanti. Nak diasingkan pun tempat terhad. Masa kecil2 macam ni, senang la nak bela. Tapi bila dah besar, pening pulak fikirkan sangkar yang perlu disediakan. hehe

Anak Semenanjung ni saya tak letak nama pun. Ia lahir di Sabah, jadi mungkin dapat digabungkan nama Sabah dan Semenanjung. hehe Sekarang ni tengah belajar berkokok, dan entah kenapa garang betul sekarang. Bila kita buka saja pintu sangkar, mesti nak mematuk saja. Habis kaki saya dan isteri dipatuknya. Siap kejar2 lagi keliling rumah. Tak tahu kenapa jadi macam tu, aktif semacam saja. Mungkin kawan-kawan boleh bagi pendapat macam mana nak kurangkan kegarangannya tu. hehe

Saturday, August 15, 2009

Serama Merdeka

Salam kemerdekaan semua.. Inilah beberapa ekor anak yang lahir dalam bulan kemerdekaan ni. Dah lama CK tak ada cerita terbaru.. terlalu sibuk dengan kerja. Di sekolah banyak aktiviti, maklumla dah dekat nak puasa, banyak perkara2 yang belum dibuat, perlulah dibuat segera. Buat pengetahuan semua, sudah 7 ekor anak baka yang dibeli dr Hadi yang sudah menetas dalam inkubator yang saya bawa dari semenanjung tu. 2 ekor dah 'pergi tak kembali' kerana lemas dalam bekas air. Rasa bersalah pun ada, coz tak sempat nak selamatkan. Sekarang ni tengah pikir nak letak kat mana anak2 ni, sangkar kat rumah tak cukup. Maklumla duduk di rumah (taman) ni, nak besarkan reban pun terhad.
Anak Semenanjung ni yang lahir di Sabah ni dah mula belajar berkokok.. Makin aktif sekarang, tambah2 kalau letak di luar. Kiranya sekarang ni dah ada kawan la.. hehe tapi CK tak letak sekali, anak2 yang baru menetas ni terlalu kecil. Nanti habis dipatutnya pulak. hehe Daripada nasihat Cikgu Jai bila dh masuk sebulan cuba asingkan, CK pun try la cuba. Nak latih dari sekarang la, mana la tau dapat masuk game bulan 10 nanti ;-)

Monday, August 3, 2009

Anak A




Anak ni kalau pagi2 aktif terlebih.. buka sj pintu sangkar, nak keluar saja.

Friday, July 31, 2009

Penetasan Anak Ayam Generasi Pertama

Salam sejahtera semua.. ini adalah anak pertama dari baka yang saya beli dari saudara Hadi Putatan.. Balik sekolah tadi terus rakam video ni. Kiranya ini anak kedua yang menetas menggunakan inkubator yang saya bawa dari semenanjung ;-) Sebelum2 ni tak tau la brapa ekor dah yang menetas dalam inkubator ni pada tuan yang lama. Ini adalah salah seekor induk yang tengah bertelur di reban CK. Tetapi anak yang baru menetas tu mungkin bukan anaknya. Antara induk-induk yang ada inilah induk yang paling kecil & paling muda.

Tuesday, July 28, 2009

Sesi Latihan

Ini adalah ayam yang saya beli dari Cikgu Putera.. tapi sekarang di kampung lagi.. mintak tolong kawan bela. Harap2 lepas hari raya nanti dapat la bawa ke sini.. mana la tau boleh masuk bertanding di Kota Belud nanti.
Kalau dilihat kepada anak ini masa mula menetas, 50/50 sj. Alhamdulillah selepas sebulan lebih, semakin hari semakin sihat nampaknya. CK amat berharap telur yang ada di dalam inkubator sekarang ni menetas.. (telur dari generasi pertama yang bakanya diambil dari Hadi Putatan). Kesian tengok anak ni sekor2 tanpa teman.. ;-)