Monday, September 28, 2009

Serama Utara

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Tidak terlewat rasanya untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada kawan2 yang beragama Islam.. Maaf jika ada kesilapan atau kesalahan selama saya menulis blog ini. Berbalik kepada dunia serama, pada cuti hari raya yang lepas sempatlah saya berkunjung melihat serama milik peminat2 di sekitar utara semenanjung. Sambil beraya, sambil melihat senjata2 terbaru yang akan menerjah bon2 yang akan datang. Setakat sekarang semuanya tengah mempersiapkan serama masing2 untuk memasuki arena pada bulan Oktober akan datang. Maklumla dah lama pertandingan tidak diadakan, masing2 ketagih nak mempamerkan ayam yang telah lama disimpan.
Ayam di atas merupakan milik Cikgu Putera, yang telah saya masukkan gambar/video sebelum ni. Sekarang ni tengah meluruh.. mungkin tidak sempat untuk ke arena bulan 10 nanti. Ayam yang di sebelah milik Bang Non Bukit Pinang. Kebetulan senjata ini baru sampai dari pantai timur ketika saya berkunjung untuk melawat reban beliau. Pertama kali saya ke reban beliau, orangnya memang peramah.. beruntung saya diperkenalkan dengan beliau. Dapatlah menimba pengalaman serba sedikit dari beliau.
Ini pula ayam milik Pak Din Perlis.. Memang tengah dipersiapkan untuk menggegarkan bon akan datang. Sampai saja saya di Felda baru2 ni, terus turun dari moto semata2 nak tengok aksi si remaja ni. Nama ayam ni saya terlupa nak tanya tuannya.. hehe sama juga dengan Bang Non, hari yang sama, saya dapat kenal dengan Pak Din ni. Beliau merupakan orang lama dalam arena ni, dulunya pernah jadi pengadil pada zaman mula2 serama diperkenalkan. Selain tu Pak Din juga dulunya terkenal dengan kepakaran beliau dalam menternak burung.
Ayam yang ni pula sekadar penghias blog ni.. saja nak letak.. hehe ayam ni milik saya sendiri.. tapi sekarang bukan berada di Sabah, masih berada di Perlis. Saya minta bantuan kawan tolong belakan. Ayam ni saya beli dari Cikgu Putera masa cuti sekolah Jun lalu, masa beli tu Anak B, sekarang dan masuk muda remaja.. hehe mengikut kata Cikgu Putera ayam ni dibawa balik dari pantai timur jugak sewaktu beliau berkunjung ke Kelantan pada Mei lalu untuk mengikuti pertandingan di sana.


Banyak juga cerita yang dibawa pulang dan diceritakan kepada saya. Ketika itulah diceritakan yang senjatanya 'Jet' mendapat tempat ke-2 dan menyumbangkan tiga hadiah kepada beliau. Saya amat berharap di akhir tahun nanti dapatlah saya bawa ayam ni atau anaknya ke Sabah. Bagi kawan2 di Sabah yang boleh tolong saya untuk mendapatkan permit import dari Jabatan Haiwan, bolehlah menghubungi saya.. hehe mana la tau, ada kawan2 di Sabah nak berkongsi permit nak bawa ayam dari semenanjung. hehe

No comments:

Post a Comment